fbpx

Cuaca buruk di empat negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di empat negeri pada malam ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ia meliputi Perak di daerah Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Seterusnya diikuti dengan kawasan Pantai Timur iaitu Kelantan di daerah Gua Musang, manakala Terengganu pula, di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Kemudian di negeri Pahang, cuaca buruk dijangka berlaku di daerah Tanah Tinggi Cameron Highland, Lipis, Jerantut, dan Kuantan, ” katanya hari ini.

Amaran ribut petir dan hujan lebat tersebut adalah sehingga pukul 9 malam ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI