fbpx

15 suspek gaduh di restoran nasi kandar diberkas, tiga sudah dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada satu rakaman video menunjukkan berlaku pergaduhan berhampiran sebuah restoran nasi kandar dan pusat mencuci kereta di Chai Leng Park, Perai di sini malam tadi.

SEBERANG PERAI – Polis sudah menahan seramai 15 lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan berkumpulan di sebuah restoran nasi kandar di Perai di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, tiga daripada kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 30-an itu juga telah dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini semalam di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

“Dalam pertuduhan tersebut, ketiga-tiga tertuduh telah mengaku bersalah dan masing-masing telah didenda sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“Seramai 12 lagi tangkapan tiada terlibat dengan pertuduhan dan dibebaskan selepas siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pihak polis ketika ini masih lagi menjalankan siasatan untuk mengesan beberapa suspek lain yang masih bebas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI