fbpx

Mahkamah: Bekas Panglima TLDM hadir menghadapi pertuduhan pecah amanah projek LCS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas pegawai kanan sebuah syarikat perkapalan hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah melibatkan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS). /FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah berkaitan perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Pertuduhan bagi ketiga-tiga kes mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu akan dibacakan hadapan Hakim Suzana Hussain.

Beliau yang merupakan bekas pengarah urusan sebuah syarikat perkapalan hadir di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira pukul 7.45 pagi ditemani ahli keluarga terdekat.

Skandal kepincangan projek perolehan LCS itu menarik perhatian ramai apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan tiada kapal  diterima setakat ini walhal TLDM sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran RM6.083 bilion.

Projek ini merupakan perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dengan kos keseluruhan RM9 bilion.

Bayaran secara rundingan terus itu diberikan kepada  Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) agar lima kapal LCS disiapkan dalam tempoh 10 tahun berdasarkan kontrak asal yang ditandatangani.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

SPRM kemudian menerima laporan berhubung projek LCS susulan kegagalan pihak terbabit menyerahkan kapal tersebut mengikut tempoh ditetapkan meskipun projek telah bermula pada 2013.

Projek ini adalah merupakan perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dengan kos keseluruhan RM9 bilion yang mana lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah pada bulan ini.

Menurut laporan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan beberapa tahun lalu dengan mengambil keterangan lebih 35 saksi berhubung projek mega tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI