fbpx
Tangkap layar antara video yang dimuat naik Aliff Syukri menjadi tular di media sosial.

Aliff Syukri ‘drama air mata’ hanya gimik lagu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai berpendapat ‘drama air mata’ usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hanya sekadar gimik bagi meraih perhatian ramai sebelum beliau tampil dengan lagu terbaharunya nanti.

Aliff Syukri yang dikatakan bakal ‘menggegarkan’ industri muzik negara dengan lagu dangdut, Baby Sayang bersama rakan duetnya, Baby Shima.

“Ini semua gimik lagu baharu nanti, kejar views orang ramai sahaja, bukan kisah kalau ‘dislike’ semua, janji trending,” ujar seorang pengguna.

“Bosan dah aku dengan dia ini, netizen pun sama, kata benci, tapi sibuk buka dan tonton, baik sekat akaun dia, baru betul tanda protes,” kata pengguna lain.

Bermula dengan video pengumuman dibuat Aliff Syukri mengatakan dia bakal melancarkan sebuah lagu dangdut bersama Baby Shima dan kemudian klip video muzik (MV) lagu ‘Baby Sayang’ yang memperlihat rakan duetnya itu bergelek serta berseluar pendek disebelahnya sehingga tular di media sosial.

Sehubungan itu, pelbagai kecaman dilemparkan terhadap Aliff Syukri dan Baby Shima kerana adegan mereka dikatakan ‘lucah’ sehingga beberapa pendakwah turut menegur keras perlakuan tidak senonoh berkenaan.

Dalam pada itu, Aliff Syukri sekali lagi memuat naik video memohon maaf kepada pihak keluarga dan orang ramai di atas tindakannya sebelum ini dan lebih menggemparkan apabila dia juga memberitahu sedang menghidap masalah mental tahap dua.

Aliff Syukri turut memadam segala hantaran di platform media sosialnya, selain menawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin membeli akaun Instagram miliknya pada harga RM500,000

Memiliki pengikut 4.3 juta, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM500,000. – KOSMO! ONLINE

POPULAR