fbpx

2,437 kes Covid-19, 10 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam terus menunjukkan penurunan kepada 2,437 kes dengan enam kes import berbanding 3,045 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,699,978 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 1,229 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 42,203 kes.

Sejumlah 3,658 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,659,688 orang.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 560 kes diikuti Selangor (491), Sabah (252), Perak (172), Negeri Sembilan (162), Johor (135), Kelantan (119), Melaka (106), Kedah (91) dan Pulau Pinang (89).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Sarawak dan Putrajaya (masing-masing 73), Pahang (52), Terengganu (49), Perlis (lapan) dan Labuan (lima),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 10 kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,093 dan BID 7,671.

Sebanyak 40,525 kes dikuarantin di rumah, 31 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,566 kes di hospital, 31 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 50 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI