fbpx

Ukraine cetak wang demi bayar gaji askar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Volodymyr Zelenskyy berjabat tangan dengan seorang askar ketika lawatannya di wilayah Dnipro pada 8 Julai lalu. - AFP

KIEV – Kerajaan Ukraine terpaksa mencetak wang bagi membayar gaji kepada anggota tenteranya yang berperang dengan Russia ekoran bantuan kewangan dari Barat lambat tiba, lapor laman berita RT kelmarin.

Menteri Kewangan, Sergey Marchenko memberitahu akhbar The Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau bergelut untuk mengimbangi kos perang dan hasil cukai yang lebih rendah dalam ekonomi negara yang dilanda pertempuran selama hampir setengah tahun itu.

Dengan kira-kira 60 peratus daripada bajet dibelanjakan untuk perang, Marchenko berkata, beliau terpaksa memotong semua perbelanjaan tidak perlu.

Bagaimanapun, usaha itu masih tidak mencukupi kerana hasil cukai hanya meliputi 40 peratus daripada perbelanjaan kerajaan, lapor WSJ.

Pihak berkuasa Kiev sebelum ini berkata, mereka memerlukan sejumlah AS$5 bilion (RM22.2 bilion) sebulan untuk mentadbir negara dan tidak mampu bertahan tanpa bantuan Barat.

Bagaimanapun, geran dan pinjaman yang dicagarkan kepada Ukraine oleh penyokong-penyokong Barat tiba lebih perlahan berbanding jangkaan.

Menurut Marchenko, kebanyakan masanya di pejabat dihabiskan untuk memujuk negara-negara Barat supaya bertindak lebih pantas.

“Tanpa wang ini, perang akan menjadi lebih lama dan meruntuhkan ekonomi,” jelasnya.

Disebabkan kekurangan dana, Bank Pusat Ukraine tidak mempunyai pilihan lain selain mencetak lebih banyak wang bagi membolehkan negara itu membayar gaji anggota tenteranya selain membeli senjata dan peluru untuk meneruskan perang.

Pendekatan itu melemahkan mata wang Ukraine, Hryvnia yang telah susut 30 peratus sejak permulaan operasi ketenteraan Russia sehingga menyebabkan lonjakan besar dalam inflasi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI