fbpx

Rangkaian Kita untuk semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maxis sentiasa mengutamakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan dengan melancarkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan tahap rangkaian dan komunikasi.

PETALING JAYA – Penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia, Maxis mengukuhkan tujuan jenamanya baru-baru ini menerusi pelancaran kempen Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM).

Ia meneruskan komitmen syarikat untuk memperkasakan rakyat serta perniagaan di negara ini dengan kesalinghubungan menerusi pelbagai cara pada setiap masa dan untuk semua komuniti.

Dalam memastikan Malaysia kekal berhubung menerusi rangkaian menyeluruh, RKRM didorong oleh tiga bidang teras iaitu;

Kesalinghubungan bila-bila masa, di mana jua untuk semua

Sama ada di dalam bangunan, atau di luar, untuk masa lapang, bekerja, belajar atau untuk perniagaan, pelanggan disediakan kesalinghubungan 4G, 5G, satelit dan fiber terbaik dengan Maxis.

Pelanggan ditawarkan pengalaman internet mudah alih lancar sebagai peneraju kelajuan muat turun 4G untuk lima tahun berturut-turut (penanda aras dari penyelia) serta kesalinghubungan terbaik di darat dan laut dengan penyambungan LTE luar pesisir komersial pertama Malaysia.

Maxis juga menyediakan penyambungan bawah bumbung paling dipercayai, diperkasakan oleh kelengkapan penyelesaian berintegrasi dengan liputan Wi-Fi Mesh dan router WI-FI 6 terkini serta liputan suara jelas dengan teknologi VoLTE, diperkasakan oleh VoWiFi.

Manakala perniagaan boleh menerima manfaat daripada rangkaian gred perusahaan termaju menerusi Rangkaian Berprogram Maxis (MPN) selaku pembekal perkhidmatan komunikasi diiktiraf MEF 3.0 pertama Malaysia dan keteguhan rangkaian yang menawarkan 100 peratus kestabilan.

Keupayaan dan penyelesaian digital yang meluas

Maxis merupakan rakan penyelesaian setempat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) paling komprehensif di Malaysia untuk memajukan perniagaan dengan kemudahan rangkaian bertaraf dunia, cloud, VOIP, keselamatan siber, peruncitan dan pembayaran, IoT, penyelesaian analitik maju dan Penasihat Strategi IT.

Setiap warga Malaysia juga disediakan pilihan peranti dan perkhidmatan meluas dengan pembayaran ansuran berpatutan sehingga 36 bulan dan 0% faedah menerusi Maxis Zerolution.

Terus berhubung tanpa risau dengan bantuan pakar 24/7

Bantuan tersedia buat pelanggan dari pelbagai saluran termasuk Maxpert, Pusat Maxis, saluran khidmat pelanggan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu serta bot sembang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) termaju.

Melangkaui penyediaan produk dan penyelesaian, Maxis menghubungkan rakyat Malaysia yang pelbagai menerusi inisiatif komunitinya, termasuk Maxis eKelas yang menyediakan platform pembelajaran digital percuma selepas sekolah, manakala Usahawan eKelas memperkasa usahawan wanita luar bandar menerusi program digital berstruktur.

Anugerah Maxis dengan nilai sumbangan RM5 juta pula menyokong idea-idea keusahawanan yang mampu menjana kemajuan negara, sementara Program Biasiswa Maxis merupakan pelaburan syarikat ke atas generasi seterusnya.

Maxis turut menjadi rakan kepada pertubuhan bukan kerajaan untuk membawakan keriangan buat komuniti kurang diberi perhatian menerusi sumbangan bermakna dan bantuan kemanusiaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, Maxis merupakan jenama tempatan yang dikenali selama lebih dua dekad.

“Pelaburan dan Kerjasama berterusan kami telah menghasilkan rangkaian komuniti yang kukuh dan rangkaian tertumpu yang paling meluas di negara ini.

“Semangat RKRM adalah tentang meraikan kepelbagaian dan Maxis akan terus berkhidmat kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat berdasarkan setiap keperluan mereka.

“Apabila semua rakyat Malaysia disambungkan dalam semua aspek, maka inivasi digital tercipta, dan kami mahu meningkatkan peranan dalam memperkasakan inovasi ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai RKRM, layari https://www.maxis.my/bhWe.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI