fbpx

Polis siasat kes penderaan di tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun didakwa dipukul dengan kasar dalam kejadian di sebuah tadika sekitar Kepong baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak di sebuah tadika di Taman Megah, Kepong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian dari seorang wanita berusia 33 tahun.

“Wanita terbabit mendakwa anak lelakinya berusia tiga tahun telah dipukul oleh guru tadikanya di sekitar Kepong.

“Menerusi satu hantaran video di Facebook, kanak-kanak berkenaan menangis selepas dipukul dengan kasar menggunakan tangan selain dipaksa makan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, semakan mendapati terdapat dua buah video berkaitan kejadian telah tular di media sosial.

“Kedua-dua video berkenaan memaparkan rakaman seorang wanita dewasa bertindak memukul seorang kanak-kanak dengan kasar menggunakan tangan.

“Polis mendapati kejadian berlaku pada bulan Mei lalu dan siasatan dijalankan di bawah Sekyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI