fbpx

Kes seksual Safiey dipindah ke Mahkamah Sesyen Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbuatan Safiey di media sosial sebelum ini.

AMPANG – Usahawan kosmetik, Safiey Ilias hadir di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini bagi sebutan kes atas dua pertuduhan melibatkan perlakuan berunsur seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun melalui laman Instagram.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd. Safiuddin Ilias, 28, hadir di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob selepas kesnya dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen Putrajaya ke Ampang.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurhashimah Hashim memaklumkan usahawan kosmetik itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Mac lalu.

Ujarnya, hari ini ditetapkan untuk sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Sesyen Ampang dan pihaknya memohon tarikh sebutan seterusnya untuk serahan dokumen.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan dan Safiey diwakili oleh peguam Harjeet Singh Sidhu.

Pertuduhan pertama, Safiey didakwa berkomunikasi secara seksual melalui platform Instragram dengan mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun.

Manakala, bagi pertuduhan kedua dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan remaja lelaki tersebut bagi maksud seksual.

Safiey didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu kira-kira pukul 9 pagi, 9 Jun 2021 di rumahnya di Bandar Baru Bangi dekat sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI