fbpx

Hubungan jarak jauh, Kim Kardashian, Pete Davidson berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM Kardashian dan Pete Davidson hanya sempat menjalin cinta selama sembilan bulan sebelum berpisah.

SELEPAS sembilan bulan menjalin hubungan cinta, selebriti terkenal Kim Kardashian dikhabarkan memutuskan hubungannya bersama kekasih iaitu pelawak, Pete Davidson.

Memetik laporan E! News, pasangan itu membuat keputusan untuk membawa haluan hidup masing-masing kerana kesibukan kerja selain menjalinkan hubungan jarak jauh.

Difahamkan Davidson mempunyai jadual penggambaran yang padat dan memerlukan dia untuk sentiasa berada di set lokasi setiap masa.

Keadaan tersebut membuatkan kedua-dua mereka kerap terpisah jarak jauh sekali gus menjadi penghalang untuk meneruskan hubungan.

“Kim Kardashian dan Pete Davidson merupakan pasangan yang saling menyayangi dan hormat antara satu sama lain.

“Mungkin perpisahan ini merupakan jalan terbaik untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa rasa bersalah,” kata sumber terdekat Kardashian mengesahkan perpisahan pasangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI