fbpx
Gambar hiasan.

Empat RUU diluluskan di Dewan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan diluluskan di Dewan Negara hari ini.

Ia melibatkan RUU Kastam (Pindaan) 2022, RUU Eksais (Pindaan) 2022, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022.

TImbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, pindaan tersebut adalah bertujuan untuk menambah baik perundangan percukaian negara.

“Semua perkara yang kita pinda ini dibuat melalui maklum balas daripada pelanggan yang mana akan memudahkan mereka untuk memenuhi obligasi sebagai pencukai tanpa didenda.

“Rentetan daripada Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP), saya rasa tidak wajar dan adil untuk mereka diberi denda dan kita akan pastikan rakyat diberi sedikit kelonggaran supaya boleh membayar,” katanya ketika menggulung usul perbahasan RUU Kastam (Pindaan) 2022.

Bagi RUU Eksais (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022, Yamani Hafez berkata, ia dilaksanakan bagi membawa masuk peruntukan baharu yang membolehkan failitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai.

Selain itu, katanya, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 pula dibuat bagi memasukkan peruntukan bagi kelonggaran pihak industri dan kerjaan untuk melaksanakan obligasi ketika kecemasan atau krisis kesihatan awam. – KOSMO! ONLINE

POPULAR