fbpx
Radz Mohd.

Keperluan online bisnes usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Suka atau tidak, bangsa usahawan perlu mendigitalkan bisnes mereka bagi membina bisnes yang berjaya.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., hasil maklum balas diterima, masih ramai usahawan yang bingung tentang kaedah untukmendigitalkan perniagaan.

“Adakah cukup hanya sekadar buka akaun media sosial dan buat hantaran promosi atau menggunakan aplikasi WhatsApp bagi berhubung dengan pelanggan?

“RichWorks akan adakan Workshop Socmed Booster yang memberikan latihan teknikal secara langsung kepada usahawan untuk terus digitalkan bisnes dengan cara betul dan berkesan.

“Ia bakal diadakan dalam empat sesi bermula 20 dan 21 Ogos ini, serta 3 dan 4 September depan,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web richworks.com/socmedbooster atau imbas kod QR tertera.

POPULAR