fbpx

Kakak ipar menumpang tuduh berkira, wanita halau keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kebaikan hati seorang wanita membenarkan kakak iparnya menumpang di rumah miliknya bertukar menjadi konflik apabila wanita itu dituduh berkira sebelum dia bertindak menghalau kakak iparnya keluar dari rumah.

Difahamkan, kakak iparnya menumpang di rumah bersama cahaya matanya yang berusia lapan tahun.

Menerusi sebuah video dikongsi oleh seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Peter, perselisihan faham itu bermula apabila wanita itu membelikan kotak makan tengah hari mahal untuk dibawa anaknya ke sekolah.

Menurut wanita itu, kakak iparnya kemudian memberikan kotak makanan terbabit kepada anaknya yang berusia lapan tahun itu.

“Bila aku tanya dia jawab takkan dengan anak buah nak berkira, siap mengadu dekat ibu mentua.

“Selepas mertua WhatsApp, aku suruh dia kemas barang hantar dia balik rumah mentua. Orang macam ini satu sen tidak berguna,” tulisnya.

Jelas wanita itu, kakak iparnya dilihat selesa selepas dia berkorban menanggung tempat tinggal dan makan minum untuk dua beranak itu.

“Yang dia tahu, bangun tidur tanya tidak masak ke?

“Suruh cari kerja, dia jawab masih belum bersedia,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial lain menyokong tindakan wanita berkenaan menghalau kakak iparnya keluar dari rumah.

“Suruh dia duduk dengan mentua, baru tahu langit tinggi atau rendah,” komen Viktoria.

“Memang patut keluar dari rumah, tidak boleh tumpang dan hadap hidup rumah tangga orang lain macam ini. Yang tidak melalui tidak akan faham,” ujar Eza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI