fbpx

Sertai BN: PBM sedia terima sebarang keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida menunjukkan risalah pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat Parti Bangsa Malaysia (PBM) Perak di Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Parti Bangsa Malaysia (PBM) bersedia menerima sebarang keputusan termasuk sekiranya permohonan parti itu untuk menyertai Barisan Nasional (BN) tidak diterima.

Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, apa pun keputusan yang diterima nanti sama sekali tidak akan melemahkan semangat juang PBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelasnya, keputusan berhubung permohonan itu hanya akan diketahui selepas BN mengadakan mesyuarat yang dijangka pada Isnin ini.

“Seperti yang dimaklumkan, kita sudah membuat permohonan dan dikhabarkan BN akan bermesyuarat Isnin ini. Selepas itu barulah kita tahu apa berita (hasil mesyuarat).

“Kita PBM, kita mempunyai semangat yang tinggi kerana saya lihat daripada pengalaman, kita boleh harungi apa sahaja kemungkinan. Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pejabat PBM Perak di Ipoh di sini hari ini.

Menerusi laporan media sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang itu memberitahu telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi PRU-15.

Zuraida berkata, permohonan tersebut telah dibuat kira-kira tiga minggu lalu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan berkaitan permohonan PBM itu nanti adalah adalah hasil persetujuan bersama keempat-empat parti komponen yang membentuk BN ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI