fbpx

Polis terima dua laporan kes buli MRSM Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian baju pelajar yang dikoyak masih dalam siasatan MRSM Kuantan.

KUANTAN – Polis mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dua laporan diterima itu membabitkan pihak warden dan ibu pelajar berkenaan.

“Laporan polis telah dibuat oleh warden dan ibu pelajar berkenaan seperti dalam media sosial.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat dan pihak polis sedang menyiasat setiap sudut berkaitan kes berkaitan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat kerana memerlukan siasatan yang amat teliti.

Semalam tular di media sosial Facebook, seorang ibu, Nazrah Mohamed yang mendakwa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan MRSM Kuantan berhubung kes buli membabitkan anaknya yang merupakan pelajar sekolah itu.

Pengguna Facebook berkenaan membuat hantaran mengenai dakwaan perbuatan khianat dan wujudnya budaya gengsterisme di sekolah itu serta berkongsikan kronologi kes mengenai baju sekolah anaknya yang diconteng dan digunting. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI