fbpx

Pekerja pembersihan maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang rosak terus selepas dirempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Sungai Pelek menghala ke Tanjung Sepat, di sini pagi tadi.

SEPANG – Perjalanan seorang lelaki ke tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Sungai Pelek menghala ke Tanjung Sepat, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.37 pagi itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun yang bekerja di sebuah syarikat pembersihan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego seorang diri dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dari arah Tanjung Sepat.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta jenis Nissan Sentra dipandu seorang pengurus projek tiba-tiba memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Putrajaya yang tiba di lokasi sejurus kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan manakala, proses bedah siasat pula akan dijalankan esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan permukaan jalan rata serta kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI