fbpx
Ahmad Hamzah (dua kiri) menyerahkan cenderamata kepada pengunjung bertuah yang ke 850,000, Shaidan Ahmad (tiga kiri) pada Pameran MAHA 2022 di MAEPS di sini, hari ini.

MAHA 2022 rai pengunjung ke 850,000 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2022 meraikan pengunjung ke 850,000 hari ini.

Pengunjung bertuah, Shaidan Ahmad dari Shah Alam, Selangor yang hadir ke MAHA 2022 bersama isteri dan dua anak perempuannya terpilih sebagai pengunjung ke 850,000 dengan membawa pulang wang tunai RM1, 000, baucer MAEPS Shoppe bernilai RM1,000 dan hamper buah-buahan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Semalam, MAHA turut meraikan pengunjung pertama bertuah ke 750,000 iaitu Muhamad Syamim Mohd. Sharif yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500 baucar oleh Maeps Shoppe (MARDI Corp).

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee memaklumkan, hadiah istimewa akan diberikan kepada pengunjung MAHA 2022 bertuah yang ke 750,000, 800,000, 850,000, 900,000, 950,000 dan ke 1,000,000.

Menurutnya, hadiah istimewa kepada pengunjung bertuah itu ditawarkan kepada pengunjung yang hadir ke MAHA 2022, pada dua hari terakhir penganjuran.

Dalam pada itu, Ronald berkata, sebanyak 26 memorandum persefahaman (MoU) berjaya ditandatangani sepanjang MAHA 2021 membabitkan potensi jualan melebihi RM5 bilion selain lebih RM160 juta nilai jualan secara langsung menerusi 1,500 pempamer.

MAHA 2022 menyasarkan RM250 juta nilai jualan sepanjang penganjuran 11 hari ini selain sasaran 1.1 juta pengunjung. – KOSMO! ONLINE

POPULAR