fbpx

Liga Perdana: JDT II mandi peluh tumbangkan Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nizarrudin Jazi di asak oleh pemain pertahanan Perak FC Sunday Kolawole pada perlawanan Liga Perdana di Stadium MBPG, Pasir Gudang, hari ini.

PASIR GUDANG – Pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dipaksa bermandi peluh sebelum mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menewaskan skuad Seladang pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini malam ini.

Kemenangan itu membolehkan pasukan JDT II merapatkan jurang kepada lima mata di belakang Kelantan FC, dengan kelebihan satu perlawanan.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan tampak sama kuat apabila masing-masing Bertukar serangan ke kubu lawan bagi mendapat gol awal, namun tidak ada percubaan berbahaya berjaya dihasilkan.

Wan Zack Haikal Wan Nor berpeluang untuk menguji kecekapan penjaga gol lawan, tetapi percubaan yang dilakukan gagal mencemaskan Mohamad Rozaimi Rahamad yang menangkap kemas rembatan pada minit ke-13.

Giliran pasukan tuan rumah untuk menghasilkan gol pembukaan hadir pada minit ke-19 namun hantaran silang Levy Madinda mencari Guilherme De Paula dalam kotak penalti dinafikan pertahanan lawan.

Ketiadaan penyerang import, Fernando Rodriguez dirasai apabila tidak banyak percubaan berbahaya dihasilkan pasukan kendalian Mariano Raul Echeverria ke arah gawang lawan.

Muhammad Hakimi Mat Isa dan Wan Zack Haikal masing-masing berpeluang untuk meledak gol pertama namun ketangkasan Mohamad Rozaimi berjaya memastikan gawang tidak dibolosi pada babak pertama.

JDT II yang mempertaruhkan khidmat De Paula tampak gagal memberi impak setelah pemain naturalisasi itu tidak memberikan sebarang ancaman buat kelab lamanya.

Gol yang diburu pasukan tuan rumah akhirnya hadir pada minit akhir babak pertama setelah sepakan percuma Moussa Sidibe berjaya disempurnakan pemain pertahanan, Feroz Baharudin yang menolak masuk menewaskan penjaga gol, Zamir Selamat.

Pasukan pelawat dilihat terdesak bagi memburu gol penyamaan dengan meningkatkan tempo permainan namun ketumpulan penyudah menafikan hasrat anak buah Yusri Che Lah untuk mencipta jaringan.

JDT II yang mencari kedudukan selesa turut melakukan serangan balas menerusi percubaan Sidibe namun rembatan pemain import itu sekadar menerjah jaring sisi gol lawan.

Perlawanan menjadi sedikit tegang setelah pemain pasukan pelawat yang ketinggalan dengan satu gol banyak melakukan terjahan keras.

Usaha pasukan pelawat untuk memburu gol penyamaan menemui jalan buntu setelah tiada pertambahan gol disaksikan pada babak kedua permainan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI