fbpx

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Setelah genap 40 hari berada di Tanah Suci, kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia iaitu KT50 yang melibatkan seramai 284 orang jemaah akhirnya selamat tiba di tanah air.

Kepulangan mereka disambut sendiri Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi dengan menaiki pesawat model Airbus A333 milik Malaysia Airlines Berhad.

Penerbangan sewa khas MH8351 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz, Madinah, Arab Saudi pukul 11.10 malam tadi waktu tempatan.

Ketibaan kumpulan terakhir jemaah tersebut sekali gus menandakan tamatnya keseluruhan Operasi Haji yang dikendalikan oleh pihak Tabung Haji bagi Musim 1443 Hijrah/2022 Masihi.

Untuk musim tahun ini, Malaysia menerima kuota rasmi cuma 14,306 individu susulan langkah kerajaan Arab Saudi mengehadkan hanya sejuta jemaah luar negara menunaikan ibadah.

Bagaimanapun seorang jemaah dilapor meninggal dunia di tanah suci sebelum sempat mengerjakan Rukun Islam kelima itu dan bakal diganti dengan badal haji oleh pihak Tabung Haji.

“Secara keseluruhan, operasi ini selepas dua tahun Malaysia tidak hantar jemaah haji, telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini,” jelas Amrin kepada pemberita.

Beliau yang juga mewakili pengurusan Tabung Haji turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dalam membantu melancarkan segala urusan jemaah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI