fbpx

Serbu ‘Calling Centre’ tahan 22 individu tipu tawaran kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 22 individu ditahan ketika polis membuat serbuan di Jalan Bangkong, Taman Bandaraya, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menahan 22 individu yang disyaki terlibat dengan penipuan tawaran kerja ketika melakukan serbuan terhadap premis yang dijadikan sebagai ‘Calling Centre’ di Jalan Bangkong, Taman Bandaraya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan dijalankan pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah daerah pada pukul 7.45 malam.

“Hasil serbuan tersebut pihak polis telah menahan 22 individu yang terdiri daripada 21 warga tempatan dan seorang warga asing.

“Mereka terdiri daripada 18 lelaki dan empat wanita berumur antara 19 hingga 37 tahun yang dipercayai
terlibat dalam kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian,” ujarnya hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut dijadikan tempat operasi ‘Calling Centre’.

Jelasnya, turut dirampas 96 unit telefon telefon bimbit pelbagai jenama dan 20 set komputer pelbagai
jenama.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan telah beroperasi selama hampir tiga bulan,” katanya.

Tambah beliau, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Brickfields bagi tujuan siasatan dibawah Seksyen 4(1)(g) ARJT 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI