fbpx

Bekas pengarah kelab sedia ambil alih Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KNIGHTON mahu menyelamatkan United daripada terjerumus lebih teruk dengan cadangan membeli kelab daripada Glazer.

MANCHESTER – Bekas Pengarah Manchester United, Michael Knighton mengakui beliau memiliki rancangan untuk mengambil alih pasukan daripada keluarga Glazer selepas penyokong The Red Devils melakukan protes.

Beliau yang pernah cuba untuk membeli kelab itu pada 1989 dengan nilai £10 juta (RM54.19 juta) sedia melakukan tawaran terbaharu bagi ‘menyelamatkan’ United yang dianggap sudah terjerumus ke situasi cukup getir.

Knighton berkata, pihaknya sedang menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi melakukan rundingan bersama United selain menjelaskan, beliau tidak ada sebarang masalah berhubung kewangan.

“Kami tahu United berada dalam krisis dan mengapa ia berada dalam situasi seperti itu. United dimiliki oleh individu yang langsung tidak tahu mengenai bola sepak dan mereka memerlukan pemilik baharu.

“Saya fikir perkembangannya cukup baik kerana kami sudah adakan perbincangan. Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana perlu menyediakan banyak dokumen memandangkan kelab tidak dilepaskan secara rasmi,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga mendesak keluarga Glazer supaya melepaskan United kerana menganggap keputusan mereka untuk kekal sebagai pemilik menyebabkan kelab berdepan banyak krisis, terutamanya tentangan daripada penyokong.

“Peminat seluruh dunia sudah muak dengan rejim sedia ada, jadi sudah tiba masanya untuk mereka meninggalkan pasukan ini. United akan terus berada dalam krisis jika keluarga Glazer terus berada di tampuk pimpinan,” ujar Knighton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI