fbpx

Polis buru suspek pecah rumah bersenjata parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman CCTV yang memaparkan cubaan samun di Taman Tasek Indra, Ipoh.

IPOH – Polis sedang mengesan dua lelaki bersenjatakan parang yang disyaki cuba menyamun sebuah rumah di Taman Tasek Indra dekat sini, yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 6.40 pagi pada Jumaat lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, cubaan suspek untuk menyamun tidak berjaya kerana telah disedari awal oleh penghuni rumah berkenaan.

“Polis sedang mengesan suspek terlibat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 11 saat yang memaparkan seorang lelaki berlari masuk ke dalam sebuah rumah sambil memegang sebilah parang.

Bagaimanapun, tindakan itu berjaya dihalang lelaki dipercayai penghuni rumah dengan segera menutup pintu utama kediaman berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI