fbpx

Korban banjir kilat Korea Selatan meningkat 11 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air banjir mengalir ke tempat letak kereta (Kiri) dan kawasan pejalan kaki yang ditenggelami tebing Sungai Han di Seoul, semalam. - AFP

SEOUL – Angka kematian akibat banjir kilat dan hujan lebat luar biasa yang melanda ibu kota Korea Selatan, Seoul pada minggu ini meningkat kepada 11 orang, kata beberapa pegawai hari ini, manakala lapan mangsa masih hilang.

Hujan lebat selama dua hari menenggelamkan jalan raya dan stesen kereta api bawah tanah di Seoul dengan Presiden Yoon Suk-yeol berkata, ia adalah hujan paling lebat sejak rekod cuaca Seoul bermula 115 tahun lalu.

Imej yang dikongsi di media sosial awal minggu ini menunjukkan orang ramai mengharung air banjir pada kedalaman paras pinggang dan mengenangi  stesen-stesen metro dengan daerah mewah, Gangnam paling teruk terjejas. 

Daripada 11 kematian, enam mangsa terkorban di Seoul, tiga di wilayah Gyeonggi dan dua di Gangwon, demikian menurut data Kementerian Dalam Negeri. Tiga daripada lapan mangsa hilang di Seoul.

Kementerian sama menyatakan, lebih 5,300 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Dalam kalangan 11 mangsa yang terkorban, tiga meninggal dunia semasa terperangkap di tingkat bawah tanah separa bangunan apartmen yang dikenali sebagai banjiha. Laporan tempatan menyebut bahawa mangsa terdiri daripada seorang remaja, ibu remaja berkenaan dan ibu saudaranya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI