fbpx
Gambar hiasan

Hampir semua negeri hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang),” lapor MetMalaysia.

Selain itu, cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta seluruh Melaka dan Johor.

Di Sarawak, hujan lebat melibatkan kawasan Sri Aman dan Sibu (Sibu dan Selangau) manakala di Sabah adalah Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN