fbpx

Ketiak cantik Amelia pula jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI ‘daring’ Amelia Henderson semasa percutian di Phuket baru-baru ini mencuri perhatian.

NAMA Amelia Henderson memang menjadi bahan bualan hangat sepanjang minggu ini.

Selepas perkongsian tentang jutawan pun belum tentu layak memilikinya, respons dan paparan tangkap layar segelintir individu yang berminat tentang ketiaknya pula jadi perhatian.

“Tiada perkataan untuk gambarkan ini. Maksud saya, ketiak?

“Macam mana masyarakat kita sekarang dah jadi terlalu ambil berat tentang bahagian tubuh badan paling kurang patut diberi perhatian?” ciap Amelia dalam Twitter.

Mungkin bagi segelintir individu, bahagian ketiak jarang diberi perhatian dan penjagaan rapi. Jadi, apabila bahagian bawah lengan Amelia dilihat lebih cerah tanpa sebarang cela, ramailah yang kagum dan mahukan perkara sama juga.

Lucu pula rasanya tetapi inilah realiti yang Amelia perlu hadap memandangkan dia seorang selebriti dan setiap perkara dilakukan pasti akan menuai perhatian.

MIZZ LAHAR: Penat dengan alasan artis yang nak jadi diri sendiri, nak seksi nak jadi diri sendiri, nak buka tudung balik nak jadi diri sendiri. Jawapan dan alasan yang sungguh tolol. Cakap saja, saya rasa selesa, santai, lebih cantik dan senang tak bertudung, lagi akak respek dik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI