fbpx

Kerajaan tampung RM6.51 bilion subsidi tarif elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata, perkara itu berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Jun lalu supaya rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada semua pengguna domestik dan surcaj 3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik dikekalkan.

Katanya, ia melibatkan pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember depan dengan kos keseluruhan subsidi berjumlah RM5.8 bilion.

“Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama seperti dibayar sejak Januari 2022 berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Khairil Nizam Khirudin di Dewan Negara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ali berkata, sejak Januari tahun lalu hingga Jun lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM715 juta bagi mengekalkan rebat dua sen/kWj kepada semua pengguna domestik walaupun surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj sepatutnya dikenakan kepada mereka di Semenanjung bermula Januari 2022

“Bagaimanapun, bagi pengguna bukan domestik, bermula Januari hingga Jun 2022, surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj telah dilepaskan kepada mereka menjadikan bil elektrik naik sebanyak 5.70 sen/kWj mulai Januari hingga Jun 2022.

“Seterusnya, kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 telah meningkat kepada 11.81 sen/kWj yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna dengan kos ICPT sebanyak RM7 bilion,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI