fbpx

Air Selangor : 394 kawasan bakal hadapi gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) henti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang pada pukul 4.30 pagi, hari ini.

Menurut Air Selangor dalam kenyataannya, pencemaran bahan kimia itu berpunca daripada kes kemalangan di Lebuh Raya Karak-Bentong Kilometer 75.9 menuju Kuala Lumpur semalam.

“Pengguna di sejumlah 394 kawasan di tiga wilayah Air Selangor iaitu Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air bermula pada pukul 10 pagi, 11 Ogos 2022.

“LRA Langat 2 dijangka akan mula beroperasi semula pada pukul 3.30 petang, 11 Ogos 2022 bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

Tambah Air Selangor, bekalan air terawat dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal, kami sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

“Kami akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI