fbpx

Sekali cas, 20 jam dapat tonton video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENGAN mengecas selama 10 minit, peranti terbaharu ini membolehkan pengguna menonton video hingga tiga jam.

MENJADI antara syarikat yang agresif menghasilkan telefon pintar terkini, Honor baru-baru ini telah memperkenalkan peranti terbaharu mereka di pasaran iaitu Honor X8 5G.

Ditawarkan pada harga mampu milik, ia merupakan sebuah telefon pintar 5G yang memiliki kapasiti bateri dan memori lebih besar.

Bagi versi terkini, peranti ini dikuasakan dengan Cipset Qualcomm Snapdragon 5G.

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi enjin antipenuaan yang menawarkan kegunaan yang lebih lancar untuk tempoh yang lebih panjang.

Bagi memberikan pengalaman lebih mengagumkan kepada pengguna, Honor X8 5G ini tersedia dengan storan sebesar 128GB.

Ia membolehkan mereka memuatkan sehingga 26,500 foto atau 10,600 senarai muzik dengan tambahan sokongan kad microSD sehingga 1TB.

Apa yang lebih menarik, telefon pintar ini dibangunkan dengan RAM Turbo Honor yang dapat meningkatkan kuasa 6GB kepada 8GB untuk keupayaan yang lebih baik.

Dalam pada itu, ia mempunyai kapasiti bateri sebesar 5,000mAh.

Dengan itu, ia membolehkan pengguna menonton video dalam talian sehingga 20 jam dan bermain permainan video selama 13 jam, hanya sekali pengecasan.

Peranti ini juga dilengkapi dengan pengecasan pantas Supercharge 22.5W.

Tempoh pengecasan selama 10 minit sahaja, sudah cukup bagi pengguna menonton video sehingga tiga jam tanpa henti.

Salah satu ciri terbaik yang ada pada peranti ini adalah kualiti kameranya.

Ia hadir dengan tiga kamera 48MP pada bahagian belakang termasuk lensa makro.

Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna bebas untuk memilih penggunaan kamera dalam urusan berkarya menghasilkan gambar lebih menarik.

Makin canggih peranti masa ini, susah nak ikuti perkembangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI