fbpx

Sebahagian besar belia dapat gaji RM2,000 dan ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah membuka 43,903 peluang pekerjaan tersedia menerusi Pusat Penempatan (Placement Centre) dan lebih 6,000 pekerja berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor seperti perkhidmatan, perkilangan, borong dan runcit serta lain-lain lagi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 3,600 pekerja bersamaan 60 peratus adalah daripada golongan belia dan sebahagian besar mereka memperoleh gaji sebanyak RM2,000 dan ke atas.

“Kerajaan telah merancang pelbagai inisiatif dan mempergiatkan pelbagai usaha bagi memastikan peluang pekerjaan yang ada dikawal selia serta terbuka kepada semua warganegara termasuk anak muda.

“Usaha lain, Program JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP) yang akan memanfaatkan pencari kerja dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas (orang kelainan upaya (OKU), bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am),” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali yang meminta kerajaan menyatakan apakah perancangan bagi memastikan peluang pekerjaan sedia ada dikawal selia serta dibuka kepada golongan muda di semua peringkat.

Jelasnya, sehingga 29 Julai 2022 sebanyak 120,237 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan dan 5,932 pekerja telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan program JKIP.

“Kerajaan juga telah melancarkan inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dengan memperkenalkan lima skim terdiri daripada Penempatan dan Latihan (Place & Train), Pembangunan B40, Pembangunan SME, Revolusi Perindustrian 4.0 dan Gerak Insan Gemilang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI