fbpx
MOMEN percutian Hairul Azreen bersama isteri dan anak-anak mereka di sebuah pergunungan salji.

Mewahnya, Hairul Azreen, Hanis Zalikha pusing gunung bersalji naik helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gaya percutian mewah sememangnya menjadi ‘trademark’ pasangan selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Setiap kali momen percutian mereka dikongsikan dalam media sosial pasti menjadi perhatian ramai.

Kali ini, suami isteri itu menerusi Instagram masing-masing berkongsi momen indah percutian musim sejuk di luar negara bersama dua anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Paling mencuri tumpuan apabila pasangan itu membawa Yusuf dan Alisa menaiki helikopter ketika meninjau sebuah kawasan pergunungan bersalji yang tidak didedahkan lokasi, namun ramai netizen menebak lokasi percutian mereka kali adalah di New Zealand.

Kata Hanis, ini merupakan penerbangan pertama mereka ke luar negara pasca pandemik selepas tiga tahun lamanya.

Malah, ini juga merupakan percutian luar negara pertama bagi anak kedua mereka, Alisa.

“Pertama kali kami terbang ke luar negara selepas tiga tahun. Waktu untuk percutian keluarga dan akan ada salji yang menyeronokkan. Ahamdulillah,” tulis Hanis menerusi Instagramnya.

Menurut Hairul pula, percutian mereka ke lokasi menarik tersebut merupakan perancangan saat akhir sebelum selepas ini dia kembali menyambung penggambaran filem baharu berjudul Bakara.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang mengagumi kehidupan mewah pasangan itu kerana mampu menikmati percutian ke luar negara biarpun perancangan dibuat pada saat akhir.

“Mewahnya rezeki,” komen seorang netizen.

“Perancangan saat akhir dia sampai keluar Malaysia tau. Aku punya paling jauh belakang rumah saja. Itupun entah-entah tak keluar langsung,” usik seorang netizen lain.

Sebelum ini, Hairul dan Hanis pernah menjadi bualan kerana pergi bercuti ke sebuah pulau dipercayai Pulau Redang, Terengganu dengan menaiki helikopter pada Oktober tahun lalu.

Malah keluarga itu turut berpeluang menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan Tan Sri Vincent Tan selepas dipelawa ahli perniagaan tersebut secara tidak sengaja ketika bercuti di pulau berkenaan.

Tidak terhenti di situ, sekali lagi Hairul dan Hanis dipelawa menaiki jet peribadi jutawan itu ketika bercuti pada awal Januari lalu.

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3. – K! ONLINE

POPULAR