fbpx

Permintaan penilaian SHASSIC meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Permintaan bagi Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) untuk menjalankan penilaian tahap prestasi tapak binaan mencatatkan peningkatan sejak ia diperkenalkan pada 2008.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebanyak 352 projek telah dinilai pada 2019 berbanding pada 2016 iaitu hanya 112 projek.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 214 peratus dan sehingga kini Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah menilai sebanyak 1,414 projek.

“Sementara itu, sebanyak 58 projek telah dianugerahkan lima bintang pada 2019 berbanding 48 projek pada 2016, ini adalah peningkatan sebanyak 21 peratus,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Nuridah Mohd. Salleh yang meminta kerajaan menyatakan kadar keberkesanan SHASSIC dalam menyelesaikan isu keselamatan di tapak binaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI