fbpx

NSFC kutip tiga mata di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaring gol pertama NSFC, Mohamad Zamri Pin Ramli, (kanan) dan penjaring gol kedua Matheus Alves, bergembira ketika perlawanan menentang pasukan Penang FC, Liga Super Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.- FOTO : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mengutip tiga mata selepas menewaskan Penang FC 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

Penang FC mendahului perlawanan apabila berjaya menghasilkan gol pada minit ke-26 dijaringkan Lucas Espindola Da Silva.

Pada minit ke-34 NSFC menyamakan kedudukan melalui hantaran bola daripada Saiful Ridzuan Selamat dan dijaringkan oleh Mohamad Zamri Ramli.

Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa tiga minit.

Gol kedua NSFC berjaya dihasilkan pada minit ke-58 oleh Matheus Alves Leandro.

Penang FC menyamakan kedudukan pada minit ke-80 hasil sepakan Saravanan Thirumurugan.

Tidak mengambil masa lama cubaan NSFC untuk menjarakkan kedudukan berjaya apabila Herold Mark Goulon menjaringkan gol ketiga pada minit ke-84.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa lima minit.

NSFC kekal berada di tangga ketiga Liga Super dengan mata terkumpul 29. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI