fbpx

Liga Malaysia: Feichtenbeiner tidak lagi bimbing Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Feichtenbeiner telah mencapai pihak persetujuan bersama dengan pihak pengurusan untuk lepaskan posisi ketua jurulatih Selangor FC musim ini. - FOTO: IHSAN SELANGOR FC

KETUA jurulatih import Selangor FC, Michael Feichtenbeiner telah bersetuju untuk melepaskan kerusi No. 1 pasukan bagi memberi tumpuan terhadap pembangunan bola sepak Gergasi Merah selaku pengarah sukan yang disandang sejak 2020.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak pengurusan Selangor FC dalam satu kenyataan selepas mencapai persetujuan bersama dengan Feichtenbeiner.

Menurut kenyataan tersebut, pencarian ketua jurulatih baharu sedang giat dijalankan dan pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian telah dibuat.

“Buat masa ini, tugas pemangku ketua jurulatih digalas oleh pembantu ketua jurulatih, Nidzam Jamil yang diberi tangunggujawab mengemudi skuad utama Selangor bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

“Dalam masa yang sama, pihak pengurusan sedang melakukan proses pencarian ketua jurulatih baharu sedang giat dijalankan dengan pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian telah dibuat,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, pihak pengurusan Gergasi Merah turut percaya Feichtenbeiner akan terus menjalankan tugas untuk menggilap bakat muda pasukan dengan lebih cemerlang seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Projek pembangunan bola sepak Selangor yang dimulakan Feichtenbeiner sejak tahun 2020 telah melahirkan ramai pemain muda yang mewakili skuad utama Selangor FC dan skuad kebangsaan.

“Sehingga kini, seramai 19 pemain muda dari telah diserap ke skuad utama termasuk Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem, Hein Htet Aung, Alex Agyarkwa, Quentin Cheng dan ramai lagi.

“Malah, Selangor FC juga merupakan antara pasukan termuda dalam saingan Liga M dan pihak pengurusan percaya bahawa projek pembangunan ini wajar diteruskan demi kesinambungan masa depan kelab ini,” katanya.

Sebagai rekod, masa depan Feichteinbeiner sebelum ini menjadi persoalan selepas gagal memberikan prestasi yang diharapkan sejak membimbing pasukan utama awal tahun ini.

Nasib pengendali import dari Jerman itu bertambah malang apabila pasukan tesingkir pada aksi separuh akhir Piala FA selepas tewas kepada Terengganu FC (TFC) minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI