fbpx

Hijab patriotik srikandi merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMPENA bulan kemerdekaan negara yang bakal di sambut pada Ogos ini, jenama tudung tersohor, Kekaboo tampil dengan koleksi istimewa iaitu Srikandi Malaya dan Bawal Negeri bagi menyeramakkan lagi rasa cinta kepada tanah air.

Sudah menjadi tradisi jenama tudung tersebut untuk menghasilkan koleksi hijab mengikut trend semasa dan bertema yang mana ia merupakaan keunikan serta  signatur Kekaboo.

Koleksi tudung Hari Kemerdekaan 2022 berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini kerana ia bukan semata-mata bercorak bendera, tetapi turut dimasukkan elemen Melayu dan keseniaan tradisional.

Menurut Pengasas Kekaboo, Ahmad Tajuddin Mohamad Nor, pihaknya membawa kelainan untuk koleksi kemerdekaan pada kali ini yang mana ia dibahagikan kepada dua iaitu Srikandi Malaya dan Bawal Negeri.

“Jika sebelum ini kita hanya berkisar mengenai bendera, tetapi untuk koleksi ini kami turut mengangkat nama isteri-isteri pahlawan Melayu menerusi koleksi Srikandi Malaya.

“Sehubungan itu, kami menampilkan lapan rekaan untuk koleksi Srikandi Malaya yang mengabadikan nama isteri-isteri pahlawan Melayu iaitu Cik Nik, Cik Bai’yah, Cik Burbah, Cik Mukut, Cik Arjah, Cik Esah, Yang Chik dan Teh Mahda,” katanya yang juga merupakan Pengarah Urusan Kekaboo Sdn. Bhd.

Jelasnya, menerusi koleksi Srikandi Malaya itu secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan mengenai isteri-isteri pejuang tanah air yang ramai orang tidak tahu.

Sesuai dengan namanya srikandi, Ahmad Tajuddin menghasilkan reka corak yang cukup sinonim dengan kaum hawa iaitu bunga-bungaan dan diperindahkan lagi bersama gabungan abstrak serta motif songket.

Sementara itu, mengulas mengenai Bawal Negeri pula, Pengasas Bersama Kekaboo, Nur Hazwani Abdul Zainal berkata, pada kali ini mereka menampilkan kelainan dengan memasukkan elemen dan warna yang berkait rapat dengan negeri tersebut.

“Sebagai contoh, bagi tudung negeri Kelantan, kami memasukkan motif wau manakala Terengganu pula corak batik.

“Walaupun terdapat elemen tradisi, songket, bunga raya dan abstrak, tetapi corak dasarnya ialah bendera namun, ia hanya ditampilkan dalam saiz kecil,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Koleksi tudung Hari Kemerdekaan 2022 menggunakan warna-warna gelap, menyerlah sehingga pastel bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang pelbagai.

Nur Hazwani berkata, tudung Kekaboo bukan sahaja selesa, tetapi ia mudah dibentuk dan digayakan manakala ukurannya juga besar maka, ia sesuai untuk wanita berbadan besar dan mereka yang mementingkan penjagaan aurat.

“Fabrik yang kami gunakan untuk menghasilkan koleksi ini ialah kapas voile premium dan kapas cetak penuh dengan ukuran saiz tudung 45 plus.

“Koleksi ini akan dijual sehingga 31 Ogos 2022 manakala harga yang ditawarkan bermula RM19 hingga RM28 sehelai,” tuturnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Pembelian tudung jenama Kekaboo boleh dibuat di laman webnya. Kini jenama itu juga telah menembusi pasaran Brunei serta Selatan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI