fbpx
CU aktif mengembangkan cawangan baharu ke seluruh negara untuk meluaskan penguasaan pasarannya.

CU mahu miliki sehingga 150 cawangan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mycu Retail Sdn. Bhd. (Mycu Retail), subsi­diari kepada Mynews Holdings Bhd. berhasrat membuka 150 cawangan kedai serbaneka ­berasal dari Korea, CU menjelang akhir tahun ini dengan tumpuan di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung.

Ia susulan pelancaran cawangan perdana CU bertempat di Mid Valley Megamall semalam, yang juga merupakan cawangan CU ke-100 di negara ini.

Pengarah Mycu Retail, Blake Dang berkata, pihaknya beroleh peluang membawa masuk jenama rangkaian kedai serbaneka terbesar di Korea Selatan itu ketika fasa pandemik, sebelum membuka cawangan pertama CU di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 2021.

“Kini kami memiliki 112 buah cawangan di Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perak, semuanya dimiliki dan dioperasikan oleh Mycu Retail sendiri.

Gambar hiasan

“Kami memang ada keinginan untuk menawarkan pakej francais untuk CU pada masa depan, namun buat masa ini syarikat fokus untuk memastikan bisnes ini stabil supaya semua pemain boleh membuat keuntungan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran outlet baharu tersebut di sini semalam.

Menurut Dang, pihaknya melihat pasaran runcit di Malaysia kini semakin berkembang, seiring dengan pasaran pengguna yang kian matang dan gaya hidup lebih moden.

Tambah beliau, bagi me­lancarkan lagi operasi jangka panjang, syarikat dijangka me­laksanakan peralihan kepada kedai-kedai yang bersaiz lebih kecil dan menawarkan per­khidmatan pantas untuk pembelian barangan kegunaan ha­rian, yang menjadikan konsep kedai serbanekanya semakin relevan.

“Pasaran utama kedai serbaneka adalah keluarga kecil dan golongan bujang.

“Kelebihan kami adalah penggunaan dapur berpusat yang moden dan memiliki pensijilan halal bertempat di Kota Damansara, Petaling selain memiliki kapasiti untuk menyokong antara 400 dan 500 cawangan, termasuk outlet MyNews,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR