fbpx

Luahan pembaca: RUU GEG hapuskan generasi ketagih rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak mudah terdedah kepada tabiat merokok melalui orang dewasa. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Sejujurnya saya amat bersetuju dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) seperti yang dibentangkan Parlimen baru-baru ini.

Ini kerana jika dilihat pada trend terkini kebanyakan remaja seawal sekolah rendah sudah terjebak dengan ketagihan merokok.

Ia berlaku kerana kebanyakan peniaga tidak mengambil kisah siapa yang membeli rokok dengan mereka, asalkan dapat mengaut untung.

Umpamanya di kedai-kedai runcit di pedalaman, kebanyakan kanak-kanak dan remaja berani membeli rokok sendiri.

Selain itu, ibu bapa sendiri turut mendedahkan anak-anak dengan rokok, misalnya menyuruh mereka membeli rokok di kedai berhampiran rumah.

Tabiat ibu bapa yang suka menghisap rokok dan vape di depan anak-anak juga turut mempengaruhi mereka untuk terjebak.

Malah, ada juga ibu bapa yang sengaja mendedahkan anak-anak kepada vape dan rokok seawal usia mereka masih bayi.

Sebagai contoh seperti kejadian tular baru-baru ini yang mana seorang lelaki dipercayai bapa kepada seorang bayi senjaga ‘menyuap’ bayinya dengan pod vape.

Cetek betul akal seorang bapa terbabit sehingga membahayakan nyawa anak kandungnya sendiri.

Jika RUU GEG ini dilaksanakan segera, pasti generasi akan datang dapat diselamatkan daripada ‘manusia zalim’ dan peniaga yang hanya mahu mengaut untung semata-mata.

Bebas Asap
Marang, Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI