Sebahagian daripada 148 karton rokok disyaki tak bercukai yang dirampas di sebuah rumah di Teluk Intan semalam. - Foto IHSAN PDRM

148 karton rokok tak bercukai dirampas di Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Sebanyak 148 karton rokok disyaki tidak bercukai dirampas polis dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, rampasan tersebut dilakukan oleh Unit Risikan Marin, Kampung Acheh, Sitiawan menerusi Op Taring Landai (Op Kontraban).

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di premis berkenaan telah menemukan beberapa kotak yang mengandungi rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak mempunyai setem cukai.

“Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya di sini hari ini.

Kok Lian berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan, pihak yang terlibat serta rangkaian pengedaran rokok tidak bercukai berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN