fbpx

Kelantan tubuh jawatankuasa khas pantau aspek kebersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pemilik restoran Al-Khatiri pada Majlis Pelancaran Zon Bersih Indah Ceria Sempena Jelajah Kelantanku Bersih di Bandar Dā€™ Raja Al Muhammadi Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan menubuhkan jawatankuasa inspektorat bagi memantau aspek kebersihan terutamanya di sekitar kawasan bandar-bandar utama di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, pada peringkat awal, jawatankuasa itu akan beroperasi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Menurutnya, seramai 10 anggota penguat kuasa yang dilantik sebagai inspektorat akan memantau kawasan tersebut seperti penjagaan tong sampah dan kedai makan.

ā€œSelain itu, jawatankuasa tersebut turut melibatkan pemantauan kebersihan mengenai aspek poster dan iklan pinjaman wang yang ditampal tanpa kebenaran di tiang lampu, bangunan dan kawasan perhentian bas,ā€ katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Zon Bersih Indah Ceria Sempena Jelajah Kelantanku Bersih di Bandar Dā€™ Raja Al Muhammadi Kubang Kerian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Izani, penubuhan jawatankuasa dijalankan di kawasan pentadbiran MKPB-BRI terlebih dahulu kerana ia menjadi tumpuan ramai malah ia turut menjadi lokasi jualan makanan.

Katanya, anggota penguat kuasa yang dilantik itu akan membantu dan melancarkan segala urusan berkaitan aspek kebersihan.

ā€œKita berharap premis yang menjual makanan mengutamakan kebersihan bagi mengelak dikenakan tindakan.

ā€œBegitu juga dengan kebersihan pakaian dan tutur kata di premis perniagaan perlu dijaga untuk menjaga imej kepada masyarakat luar yang datang ke Kelantan,ā€ katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI