fbpx

Jakim masih tunggu laporan audit JPV di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakimah Mohd. Yusoff - GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih lagi menunggu laporan audit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berhubung isu rumah sembelihan di Australia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada agensi berkenaan untuk tindakan susulan.

“Proses pengauditan dilakukan terus oleh pihak JPV sendiri dan kami (Jakim) pun tengah menunggu laporan mereka untuk peringkat yang seterusnya.

“Insya-Allah, nanti saya akan ulas sebab pihak Jakim sendiri belum dapat sebarang laporan dan kita pun turut menunggu kerana difahamkan ia bukan proses yang mudah,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan susulan penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie 2019 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menjelaskan. Jakim akan menghantar pasukan melakukan pengesahan audit halal selepas loji sembelihan Thomas Food Industries (TFI) di Australia disahkan melanggar protokol halal dalam proses penyembelihannya.

Ketika ini terdapat sebanyak 84 badan pensijilan halal dari 46 negara yang telah memperoleh pengiktirafan Jakim untuk membolehkan dieksport ke Malaysia dengan mempunyai label halal sah.

Di Australia pula, difahamkan terdapat sejumlah 26 buah rumah sembelihan yang mendapat akreditasi sijil halal dengan dikeluarkan sendiri oleh pihak berkuasa Islam di negara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI