fbpx

Dua anggota bomba Terengganu dipecat kerana salah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Hilman (tujuh dari kanan) bersama sebahagian pegawai dan anggota JBPM Terengganu yang menerima anugerah cemerlang di Hotel Raia, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah dipecat tahun ini setelah didapati melakukan salah laku.

Pengarah JBPM Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, seramai tujuh anggota bomba lain pula sedang disiasat sebelum tindakan tatatertib diputuskan ibu pejabat.

“Antara kesalahan dilakukan ialah penyalahgunaan dadah dan tidak hadir bertugas.

“Kita juga telah mengesan perbuatan anggota yang disyaki melakuan penipuan surat akuan cuti sakit bagi membolehkannya tidak bertugas selama dua minggu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perkhidmatan 30 tahun peringkat JBPM Terengganu.

Md. Hilman berkata, JPBM tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang melakukan jenayah dan mengabaikan disiplin.

Tegas beliau, tindakan buang kerja merupakan hukuman tatatertib tertinggi terpaksa diambil terhadap anggota dan pengawai terlibat demi integriti pasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI