fbpx

Beijing beri amaran kepada AS bahawa Taiwan hak China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat pejuang Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mengisi minyak di udara sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan di sekitar Taiwan pada hari Khamis. - Xinhua

BEIJING – Pemerintah China sekali lagi bertegas bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada Tanah Besar dan menganggap Amerika Syarikat (AS) cuba merampas pulau tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, Taiwan tidak akan menjadi sebahagian daripada wilayah AS meskipun menerima kunjungan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pada Selasa minggu lalu.

Kunjungan Pelosi ke Taiwan adalah sebahagian daripada rangka lawatan delegasi Kongres AS ke Asia.

Wang Yi yang mengeluarkan kenyataan tersebut semasa lawatan ke Bangladesh semalam. Katanya, AS menggunakan hujah palsu dan penipuan bagi merealisasikan rancangannya mengenai Taiwan.

Beliau juga berkata, tindakan China melibatkan pulau itu adalah wajar dan sah, malah perlu   untuk melindungi kedaulatan dan integriti wilayah Taiwan.

Beijing yang berang berhubung lawatan Pelosi ke Taiwan bertindak  membatalkan beberapa siri perbincangan dan perjanjian kerjasama dengan Washington, terutamanya mengenai perubahan iklim dan pertahanan. 

Pada hari Jumaat lalu, China turut  mengenakan sekatan  terhadap Pelosi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI