fbpx

EPL: Antonio Conte akui lebih minat ‘pemain lama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 4-1 menewaskan Southampton kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte menjelaskan kemenangan 4-1 ke atas Southampton di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin menjadi peringatan jelas buat kesemua pemain baharunya.

Walaupun kelab itu sanggup mengeluarkan sejumlah dana untuk melakukan pembelian, Conte menegaskan tiada sebarang jaminan buat pemain baharu dan perlu bersaing dengan barisan pemain sedia ada.

Ivan Perisic menjadi salah seorang daripada pemain baharu yang memulakan perlawanan di bangku simpanan bersama Clement Lenglet dan Yves Bissouma, namun kesemuanya diberi peluang untuk dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Saya perlu menggunakan kewarasan kerana pemain sedia ada sudah pun meraih penca­paian baik musim lalu, layak ke Liga Juara-Juara. Mesej saya jelas, saya lebih percayakan pemain lama berbanding yang baharu dan sebab itu mereka kena bekerjasama dengan kami.

“Dengan pemain lama, saya berada lebih ke depan. Selepas perlawanan ini dan melihat kepada keputusan akhir, saya fikir keputusan yang saya buat ini adalah tepat.

“Dalam masa sama, saya gembira kerana kami ada pemain baharu yang akan turut serta dalam proses sedang dilakukan dan saya harap mereka akan bantu kami terus meningkat, tetapi dengan syarat mereka perlu bersaing,” katanya.

Reaksi balas pemain ketika ketinggalan juga cukup menghadirkan rasa puas buat Conte dan pengurus dari Itali itu merasakan aspek ketenangan menjadi kunci kepada kejayaan pada perlawanan pembukaan kali ini.

“Reaksi pemain cukup bagus kerana kami kekal tenang dan terus bermain dengan cara yang diinginkan. Kami mendapat tiga mata yang dimahukan, namun paling penting adalah bagaimana cara kami melaksanakannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI