fbpx

Kelantan terima pensijilan pengurusan kualiti urus hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) menerima Pensijilan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menerima Pensijilan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di bawah Skop Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan berkata, penerimaan sijil tersebut membuktikan bahawa pengurusan hutan Kelantan mengikut setiap garis panduan dan ketetapan yang dibuat oleh badan pensijilan.

Menurutnya, Kelantan merupakan negeri yang pertama di semenanjung yang berjaya memperoleh pensijilan tersebut.

“Pensijilan ini berkuat kuasa sehingga 5 Julai 2025.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada JPNK atas kejayaan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI