fbpx

Jakim arah tahan pemimpin, pengikut tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada penerima pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak di Bukit Merah Laketown Resort hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengarahkan pihak kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk mengesan dan menahan pemimpin Tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah bersama pengikutnya untuk diambil tindakan sewajarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kumpulan Tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah yang dipimpin oleh Habib Shah Firdaus Habib Ahmad dikatakan telah menyeleweng daripada hukum syarak termasuk mempercayai akan berlakunya kemunculan Imam Mahadi pada hari Arafah yang lalu.

“Setakat ini, lokasi kumpulan tersebut di Arab Saudi masih belum dapat dikesan namun kita percaya dia masih berada di sana.

“Kita telah menghubungi pihak Konsulat Tabung Haji di sana untuk mengesan mereka dan kita harap mereka ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama negara sana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak kali ke-39 di Bukit Merah Laketown Resort di sini hari ini.

Menurut Idris, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dan perlu mempunyai kesedaran agar tidak tertipu kerana bukan semua Tarekat yang dibawa itu betul dan boleh diikuti.

“Mana-mana individu yang berhasrat untuk mengikuti ajaran Tarekat hendaklah menyelidik terlebih dahulu. Kita kena tengok dan kaji sama ada guru-guru itu mursyid atau tidak dan jangan terus terburu -buru untuk terus taksub percaya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI