fbpx
Penumpang menunggu giliran pemeriksaan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, wilayah Samut Prakan, pada 1 Mei lalu. - Wichan Charoenkiatpakul

Thailand catat kes cacar monyet pertama libatkan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Seorang wanita disahkan dijangkiti virus  cacar monyet, menjadikannya  kes keempat wabak berkenaan di Thailand, lapor laman berita Thaiger  kelmarin.

Ia juga merupakan kes pertama cacar monyet di Thailand  melibatkan pesakit wanita.

Wanita berusia 22 tahun itu mendaftar masuk ke sebuah hospital di wilayah Samut Prakan, tengah Thailand pada  Rabu lalu dan menjalani ujian cacar monyet keesokan harinya. 

Keputusan ujian mengesahkan bahawa bahawa wanita muda itu dijangkiti virus cacar monyet.

Dia kini dirawat di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di Bangkok.

Sementara itu, pihak berkuasa sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi  kontak rapat wanita itu.

Wanita itu berkata,  dia demam pada 29 Julai lalu tetapi masih pergi ke tempat hiburan bersama seorang rakan warga Thailand dan seorang warga asing pada keesokan harinya.

Cacar monyet mempunyai kadar penularan yang rendah,  namun berjangkit melalui sentuhan dan hubungan seks.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC), Dr Opart Karnkawinpong meminta orang ramai mengelakkan sentuhan fizikal rapat dengan orang yang tidak dikenali bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Individu pertama yang diuji positif cacar monyet di Thailand tahun ini ialah lseorang elaki Nigeria berusia 27 tahun di Phuket,  manakala mangsa kedua ialah lelaki Thailand berusia 47 tahun di Bangkok dan ketiga ialah seorang pelancong Jerman.

Mereka semua  pulih tanpa menggunakan ubat antivirus.

Dr Orpas berkata,  hanya kumpulan sasaran tertentu seperti kumpulan berisiko tinggi dan pekerja penjagaan kesihatan yang menjadi barisan hadapan perlu diberi vaksin terhadap virus itu.

Kementerian Kesihatan Awam mengumumkan minggu ini bahawa Thailand akan menerima 1,000 dos vaksin cacar dari Amerika Syarikat pada bulan ini, yang juga berkesan terhadap cacar monyet. – Agensi

POPULAR