fbpx

Aina Abdul ratu fesyen kitar semula!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL

JIKA tidak pelik dan unik, bukan Aina Abdul namanya.

Demikian yang dapat digambarkan tentang busana bertemakan helaian surat khabar digayakan pelantun lagu Sumpah itu baru-baru ini.

Foto yang dimuat naik dalam Instagramnya memaparkan dia memakai dres yang diperbuat daripada helaian lipatan surat khabar.

Rata-rata netizen memuji kreativiti pereka busana tersebut iaitu Erdina Hairi kerana mengguna semula bahan terbuang.

Malah disebabkan busana tersebut juga, ada yang menggelar Aina sebagai ratu kitar semula.

“Ratu 3R (recycle, reuse, reduce),” kata netizen.

“Kreatif sangat, pakai kertas pun sudah hebat begini,” puji seorang peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI