fbpx

Rakan selebriti titip doa buat Mizz Nina, Noh Hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA (kiri) dan Siti (kanan) antara selebriti tanah air yang meninggalkan komen dengan kata-kata semangat serta doa buat pasangan terkenal tersebut.

PETALING JAYA – Perceraian pasangan selebriti popular, Noh Salleh dan Mizz Nina menjadi satu kejutan besar buat semua peminat dan dunia seni hiburan tanah air.

Ketika ramai yang masih tercari-cari punca berlakunya perpisahan tersebut, baik Nina mahupun Noh, masing-masing menerima ribuan doa dan kata-kata semangat menerusi media sosial.

Bukan sahaja netizen, malah ramai rakan selebriti meninggalkan komen agar Nina, 42, dan Noh, 37, diberikan kekuatan untuk menempuh fasa hidup baharu selepas ini.

Bukan hanya buat Nina dan Noh, mereka turut berdoa agar pasangan tersebut, Musa sentiasa diberikan kehidupan yang baik kelak.

“Semoga Allah memberi keberkatan dalam setiap perkara kepada anda berdua dan Musa,” komen pelakon terkenal, Fazura dalam hantaran Nina semalam.

“With difficulty come double eases (setiap yang sukar pasti akan hadir satu kelegaan),” kata aktres Ummi Nazeera.

“Fii Amanillah ukhti (semoga anda sentiasa dalam perlindungan Allah SWT),” ujar penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Semalam, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita perceraian vokalis kumpulan Hujan tersebut dengan Nina yang diumumkan menerusi satu hantaran Instagram.

Dalam hantaran tersebut, mereka memberitahu keputusan untuk bercerai diambil selepas melakukan banyak pertimbangan dan memilih untuk kekal berkawan kelak.

Malah, mereka juga memohon diberikan ruang privasi sepanjang tempoh iddah.

Terdahulu, mereka juga dikhabarkan sudah bercerai talah satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur kelmarin.

Sebelum itu, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka hangat diperkatakan sejak bulan lalu namun dinafikan Noh dalam satu temu bual bersama media.

Lebih menghangatkan situasi, muncul dakwaan video lucah yang dikatakan menyerupai Noh tular dalam media sosial namun khabar angin tersebut masih belum ada sebarang kepastian sehingga kini.

Untuk rekod, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mendirikan rumah tangga dengan Nina yang merupakan anak kepada bekas pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim pada 1 Julai 2011.

Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut mengambil anak angkat bernama Musa pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI