fbpx

Mahkamah: Peguam positif Covid-19, bicara kes Ahmad Zahid ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditangguh ke 22 Ogos.

Dalam prosiding hari ini, seorang lagi peguam Aiman Abdul Rahman yang juga mewakili Ahmad Zahid memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa peguam utama kes itu, Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh dijangkiti Covid-19.

“Pihak kami telah memfailkan surat kepada mahkamah pada 2 dan 3 Ogos lalu yang menyatakan peguam Hisyam dan Hamidi dijangkiti Covid-19.

“Kami mohon supaya tarikh perbicaraan hari ini ditukar kepada sebutan dan perbicaraan seterusnya pada 22 Ogos,” katanya.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob tidak membantah perkara itu.

Justeru berdasarkan alasan yang dikemukakan pihak pembelaan hari ini, perbicaraan pada hari ini dilapangkan dan bersambung pada 22 Ogos.

Pada prosiding hari ini, Ahmad Zahid yang hadir sepatutnya disoal balas pihak pendakwaan berhubung pertuduhan rasuah yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Ahmad Zahid, 69, berdepan dengan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.

Isnin lalu, Hakim Collin yang mendengar perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid selesai melawat dua unit banglo di Country Heights, Kajang yang didakwa dibeli menggunakan dana YAB untuk dijadikan pusat pengajian al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan pelajar tahfiz.

Hakim Collin melawat dua unit banglo melawat berkenaan selepas bersetuju dengan permintaan pihak pembelaan untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI