fbpx

Lelaki boleh rasa dan bau perkataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG yang mengalami masalah saraf ini akan mengalami sensasi apabila terjumpa perkataan. – SWNS

LONDON – Seorang lelaki di Britain mengalami masalah saraf sehingga membolehkannya ‘merasa’ dan ‘menghidu’ sesuatu perkataan terutamanya nama manusia, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Henry Gray, 23, dari Newcastle mendapati dia mengalami synaesthesia leksikal-gustasi pada 2009 selepas ibu bapa dan gurunya meminta dia memberikan pendapat mengenai ‘rasa’ nama rakan-rakan sekelasnya.

“Saya masih ingat berfikir bagaimana orang lain tidak menganggap nama Maggy itu berasa seperti telur” katanya sambil mengimbau zaman kanak-kanaknya.

Bagi Gray, nama bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson terasa seperti ‘menyepit kumbang bercengkerang keras menggunakan kaki’.

Nama anggota One Direction, Harry Styles pula berasa seperti ‘rambut melekat pada wayar telefon manakala nama bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump seperti ‘itik getah yang kempis’.

“Saya selalu mengaitkan perkataan dan nama dengan rasa makanan, bau dan perasaan. Bagi saya, nama Kate Middleton berasa seperti memotong kain bergerigi menggunakan pisau di dalam gereja dan saya boleh mendengarnya.

“Salah satu nama yang paling teruk bagi saya ialah Kirsty iaitu bau air kencing. Saya tidak pasti boleh berkawan rapat atau bercinta dengan Kirsty,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI