fbpx

KLIA, KLIA2 catat 251 pergerakan pesawat setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Kedua-dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di sini merekodkan secara purata sejumlah 251 pergerakan pesawat setiap hari.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, angka tersebut direkodkan berdasarkan tempoh selama 16 hari terakhir pada bulan lalu.

“Secara keseluruhan, sebanyak 4,018 pergerakan pesawat dicatatkan dari 16 Julai sehingga hujung bulan lalu dengan KLIA merekodkan sejumlah 2,137 manakala KLIA2 pula ialah 1,881.

“Sekiranya dihitung secara congak mudah, sebanyak 10 pergerakan pesawat dicatatkan setiap jam daripada angka keseluruhan tersebut yang melibatkan aliran di dua terminal berkenaan,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial media tadi.

Hab udara nasional itu sebenarnya boleh menampung sejumlah 108 buah pesawat untuk mendarat pada setiap jam atau purata 1.8 buah seminit melibatkan ketiga-tiga landasan serentak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI